BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 4, 2009

ntah btol ke tak...

Sebenarnya CINTA, SAYANG, SUKA dan MINAT adalah perkara yang berbeza-beza. Kita sering meluahkan ungkapan itu kepada seseorang, tapi tahukah kamu apa maksud sebenar bagi keempat-empat perkataan tersebut.

CINTA - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh dia ingin mengetahuinya. Kita juga akan sentiasa berfikir tentang dirinya, biar pun sesaat. Walaupun tengah dalam big problem tapi masih teringatkan dia.

SAYANG - Kita memerlukan dia dimasa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah suka dan duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi 'telinga' kepada masalah kita. Ini tekaan saya, tapi selalunya beginilah situasi bila kita sayang seseorang itu.

SUKA - Kita sukakan dia kerana dia seorang yang kelakar malahan dia juga happy-go-lucky. Bila bersama-sama dengan dia, kita akan rasa gembira, gelak tawa bersama sampai mahu pecah perut dibuatnya. Tapi, kita tidaklah terlalu merinduinya sekiranya tidak berjumpanya selama seminggu. Sebab kita tahu yang kita akan berjumpa dengan nya nanti, sama ada dia mengajak keluar atau kita yang mengajak dia keluar. Apa pun flow tetap sama happy-go-lucky

MINAT - Ada sesuatu pada dirinya yang menarik untuk kita mendekatinya. Katakan, kita suka orang yang tinggi, tegap dan berambut kemas seperti antonio banderas, sudah pasti kita akan melihat gerak-geriknya. Sekiranya dia tidak memberikan perhatian kepada kita, kita akan mencuba untuk mendapatkan perhatian dari nya.




lama gila nak fikir maksud cinta,sayang,suka dan minat...
hampir 3 jam r aku buang masa...da rugi masa tido aku...
habis botak kepala aku yg da botak nie...
ape2 pon komen ler ea...
mana tau sya ada wat knytaan salah,
sila ler tegur...
boleh gak saya perbetulkan kesalahan saya...
huh...siap gak akhirnya...
pisang goreng panas and air tebu sejuk...may be can charge me up back..
hik3

0 comments:

There was an error in this gadget